Saturday, October 6, 2007

Kelas Publisher kedua catat sejarah

Apa macam ok tak...dapatkan maklumat lanjut sewa khemah dari bochures saya.
(En. Baharom b. Mohd Sharif)

Terima kasih Ain & Maxis ,akhirnya berjaya juga atuk promosikan hasil laut iaitu lokan

(En. Zainal bin Md. Ali)


Makcik memang bertuah kerana dapat hadiri kelas Publisher di program Maxis


Inilah mentor kami, Encik Norshamsani bin Abu Bakar...orangnya cukup mesra...




29 September, Kelas Publisher disambung. Sebelum menyambung tugasan membuat risalah, para peserta telah didedahkan kepada cara membuka akuan email dengan menggunakan gmail.

Pertemuan kali kedua ini mencatat sejarah tersendiri apabila Encik Norshamsani bin Abu Bakar selaku mentor Sahabat ICT telah sudi untuk mengunjungi kami dan melihat sendiri aktiviti yang dilaksanakan. Mentor kami tidak putus-putus memberi kata perangsang agar pasukan Sahabat ICT berusaha dengan lebih giat lagi bagi memastikan dapat mara ke peringkat seterusnya.


Pada kali, Sahabat ICT turut menunjukajar para peserta kursus cara membuka akuan email dengan menggunakan gmail. Ternyata mereka cukup gembira dengan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari apatah lagi apabila dapat melihat sendiri "borchures" yang dibuat bertungkus-lumus dapat dicetak. Inilah hasil usaha pembelajaran bersama dengan Sahabat ICT.

No comments: