Tuesday, November 6, 2007

Pantun Penutup




o12, kosong satu empat
line "clear" serata tempat
semoga usaha kami mendapat tempat
pada hati juri yang hebat

Sunday, November 4, 2007

Apa kata Sahabat ICT

Muhammad Abid bin Abdul Rahim (Ketua Kumpulan)

Saya dapat memahirkan diri tentang cara-cara untuk menggunakan komputer dengan betul.Saya juga berpeluang untuk mengajar komuniti setempat tentang komputer.Mencabar dan menyeronokan.Terima kasih Maxis, Cikgu Khushairi, Encik Norshamsani bin Abu Bakar (mentor dari Maxis) dan para sahabat ICT.

Muhammad Syahmi bin Bakar

Saya berharap agar Maxis dapat meneruskan pertandingan ini. Saya berasa sangat seronok menyertai pertandingan ini.

Akmal bin Ibrahim

Saya berbangga dapat berbakti kepada masyarakat kampung dan adik-adik di Tadika Kemas.Terima kasih Maxis kerana pertandingan ini meningkatkan keyakinan diri saya dalam ilmu ICT.

Nuraini binti Kamaruddin

Mengajar orang lain sebenarnya tidak mudah tetapi melalui program ini saya berasa lebih berani untuk mengajar orang lain bagi memahami komputer.

Fatin Fadhilah binti Ab.l Samad

Peraduan tajaan Maxis ini membuka minda saya untuk bersama-sama membantu orang lain dalam mendekati dunia ICT.

Nortasya binti Abdullah

Program ini menyeronokkan dan mengujakan.Saya dapat memahami dan menggunakan semua cara yang boleh memudahkan kerja dengan menggunakan komputer.Saya juga berpeluang untuk mengajar masyarakat setempat tentang kegunaan komputer yang tidak tertumpu pada satu tempat sahaja tetapi secara meluas.Terima kasih Maxis!!

Terima Kasih Maxis



Sesungguhnya program Maxis CyberlinQ07 banyak membawa manfaat kepada Pasukan Sahabat ICT. Pelbagai pengalaman menarik yang diperoleh sepanjang melaksanakan aktiviti yang dirancang. Program ini mencetuskan keyakinan diri tinggi kepada kami dalam mengaplikasikan kemahiran ICT yang kami peroleh kepada komuniti setempat.

Ucapan penghargaan yang tidak terhingga kami kalungkan buat::



  1. Maxis



  2. Guru Besar, guru-guru dan murid-muird SK Ramuan China Besar



  3. Persatuan Ibubapa dan guru-guru SK Ramuan China Besar



  4. Pejabat KEMAS Daerah Alor Gajah



  5. JKKK Kg. Paya Lebar



  6. JKKK Kg. Ramuan China Besar



  7. Tadika KEMAS Paya Lebar



  8. Kolej Komuniti Alor Gajah



  9. Pejabat Risda Alor Gajah



  10. Pesatuan Nelayan Barat Kuala Sg. Baru dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung




Kemaskini Fail Sahabat ICT

Dalam menghadapi hari-hari akhir pertandingan, pasukan Sahabat ICT tidak lupa untuk mengemaskinikan fail. Semua perancangan yang telah dilakanakan kami muatkan didalamnya. Bagi kami dokumentasi penting sebagai bahan rujukan dan penambaikan.

Ketua kumpulan Abid dan Ain menunjukkan tanda fail telah siap dikemaskini.


LAPORAN KEWANGAN SAHABAT ICT 2007

Berikut adalah laopran kewangan Pasukan Sahabat ICT dalam usaha merealiasasikan aktiviti-aktiviti yang telah drancang.

Pendapatan :

Dana dari Maxis Briding Communities RM 1000.00
Sumbangan dari JKKK Kg. Paya Lebar RM 110.00

Jumlah RM 1100.00


Perbelajaan :

  1. Banner ( 2 unit X RM 100) RM 200.00
  2. Saguhati 2 orang penceramah jemputan RM 100.00
  3. Pengangkutan RM 100.00
  4. Kempen IT di Tadika Kemas Paya Lebar RM 100.00
  5. Kelas Asas Komputer Tadika Kemas Paya Lebar RM 200.00
  6. Hadiah mewarna & lukisan paint terbaik RM 100.00
  7. 2 Katrij D41 Canon dan kertas warna A4 RM 100.00
  8. Kelas Literasi ICT dan Publisher Peserta Industri RM 200.00
    Kecil Desa ( 3 kali perjumpaan)

Jumlah RM 1100.00