Sunday, November 4, 2007

Apa kata Sahabat ICT

Muhammad Abid bin Abdul Rahim (Ketua Kumpulan)

Saya dapat memahirkan diri tentang cara-cara untuk menggunakan komputer dengan betul.Saya juga berpeluang untuk mengajar komuniti setempat tentang komputer.Mencabar dan menyeronokan.Terima kasih Maxis, Cikgu Khushairi, Encik Norshamsani bin Abu Bakar (mentor dari Maxis) dan para sahabat ICT.

Muhammad Syahmi bin Bakar

Saya berharap agar Maxis dapat meneruskan pertandingan ini. Saya berasa sangat seronok menyertai pertandingan ini.

Akmal bin Ibrahim

Saya berbangga dapat berbakti kepada masyarakat kampung dan adik-adik di Tadika Kemas.Terima kasih Maxis kerana pertandingan ini meningkatkan keyakinan diri saya dalam ilmu ICT.

Nuraini binti Kamaruddin

Mengajar orang lain sebenarnya tidak mudah tetapi melalui program ini saya berasa lebih berani untuk mengajar orang lain bagi memahami komputer.

Fatin Fadhilah binti Ab.l Samad

Peraduan tajaan Maxis ini membuka minda saya untuk bersama-sama membantu orang lain dalam mendekati dunia ICT.

Nortasya binti Abdullah

Program ini menyeronokkan dan mengujakan.Saya dapat memahami dan menggunakan semua cara yang boleh memudahkan kerja dengan menggunakan komputer.Saya juga berpeluang untuk mengajar masyarakat setempat tentang kegunaan komputer yang tidak tertumpu pada satu tempat sahaja tetapi secara meluas.Terima kasih Maxis!!

No comments: