Sunday, October 28, 2007

Gambar-gambar Promosi Brochures di Kem Kembara Padu 2007

Penyerahan Brochures kepada Encik Kamarudin bin Yusoh

(Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan Barat Melaka Barat Resort)





Penyerahan Brochures kepada Encik Zukarnain bin Mohd Said
(Kontrakter kelas F)





Penyerahan Brochures kepada Loganathan a/l Murugan
(wakil peserta lelaki Kem Kembara Padu, SKJT Ladang Sg. Baru)




Penyerahan Brochures kepada Teepa a/p Selvan
(wakil peserta perempuan Kem Kembara Padu, SKJT Ladang Sg. Baru)






Promosi Brochures di Kem Kembara Padu 2007


2 orang sahabat yang ICT iaitu Muhammad Syahmi dan Nadilah yang telah menyertai Kem Kembara Padu 2007 anjuran Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional Daerah Alor Gajah telah mengambil kesempatan untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.

Kem yang berlangusng selama tiga hari ( 26-28 Okt.) telah diadakan di Persatuan Nelayan Kawasan Barat Resort, Kuala Sungai Baru Melaka . Pada kesempatan itu,pasukan sabahat ICT telah memilih brochures Encik Zainal bin Md Ali pengusaha Lokan untuk diedarkan kepada peserta , pengujung resort dan pengunjung restoran ikan bakar. Respon daripada pengunjung amat positif.

Monday, October 8, 2007

Telatah kanak-kanak Tadika KEMAS Paya Lebar

beratur elok-elok tau...

tali mouse ni tak leh panjang lagi ke.........

Oh..cam ni rupanya dalam komputer..
kat supermarket ada jual tak?

jangan takut dik....klik aje..


sukanya dia..........

Saturday, October 6, 2007

Kelas Publisher kedua catat sejarah

Apa macam ok tak...dapatkan maklumat lanjut sewa khemah dari bochures saya.
(En. Baharom b. Mohd Sharif)

Terima kasih Ain & Maxis ,akhirnya berjaya juga atuk promosikan hasil laut iaitu lokan

(En. Zainal bin Md. Ali)


Makcik memang bertuah kerana dapat hadiri kelas Publisher di program Maxis


Inilah mentor kami, Encik Norshamsani bin Abu Bakar...orangnya cukup mesra...




29 September, Kelas Publisher disambung. Sebelum menyambung tugasan membuat risalah, para peserta telah didedahkan kepada cara membuka akuan email dengan menggunakan gmail.

Pertemuan kali kedua ini mencatat sejarah tersendiri apabila Encik Norshamsani bin Abu Bakar selaku mentor Sahabat ICT telah sudi untuk mengunjungi kami dan melihat sendiri aktiviti yang dilaksanakan. Mentor kami tidak putus-putus memberi kata perangsang agar pasukan Sahabat ICT berusaha dengan lebih giat lagi bagi memastikan dapat mara ke peringkat seterusnya.


Pada kali, Sahabat ICT turut menunjukajar para peserta kursus cara membuka akuan email dengan menggunakan gmail. Ternyata mereka cukup gembira dengan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari apatah lagi apabila dapat melihat sendiri "borchures" yang dibuat bertungkus-lumus dapat dicetak. Inilah hasil usaha pembelajaran bersama dengan Sahabat ICT.

Kelas Pengenalan Komputer & Paint



Bersemangat menuju ke makmal komputer

Jangan takut dik, mouse tu tak gigit


Mana huruf q ni....

Seperti yang dijanjikan, tepat jam 8.00 pagi seramai 15 orang murid Tadika KEMAS Paya Lebar dengan langkah penuh ceria menuju ke makmal komputer SK Ramuan China Besar bagi mengikut Kelas Asas Komputer dan Paint.


Dalam tempoh 3 jam, pasukan Sahabat ICT telah melaksanakan beberapa aktiviti :-


1. Ulangkaji perkakasan komputer
2. Latihan membuka komputer dengan cara yang betul
3. Pengenalan Windows dan deskstop
4. Kemahiran penggunaan mouse dan keyboard
5. Pengenalan perisian paint


Murid-murid berkenaan begitu bersemangat untuk mengikut program ini.Apatah lagi ia dilaksana secara “belajar sambil bermain”. Pada akhir program, Puan Som binti Karim telah sudi menyampaikan cenderamata kepada para pemenang Pertandingan Mewarna Komputer dan Lukisan “paint” yang menarik.

Wednesday, October 3, 2007

Taklimat Kelebihan dan Pengenalan Publisher Kepada Pesrta Industri Desa

Seramai 7 orang peserta industri kecil desa dari Kg. Ramuan China Besar dan Kg. Paya Lebar telah hadir dalam taklimat berkenaan. Puan Som bt. Karim selaku guru penolong kanan kokurikulum telah sudi untuk memberi ucapan alu-aluan.

Sepanjang tempoh 3 jam peserta telah melalui berapa slot aktiviti:-


  1. Taklimat Pengenalan porgam Maxis Cyberlinq 2007 dan peranan Sahabat ICT

  2. Taklimat perkakasan komputer

  3. Penerangan kelebihan publisher dan ciri-ciri risalah yang baik

  4. Perbincangan isi kandungan risalah

  5. Pengenalan penggunaan perisian publisher khasnya ikon-ikon penting

Tuesday, October 2, 2007

Slaid Kempen ICT


Mengenal Perkakasan Komputer


From: mbe7739, 17 hours ago





Hardware


SlideShare Link

Monday, October 1, 2007

Kempen ICT Bersama Murid Tadika KEMAS Paya Lebar

Ceria menyaksikan persembahan powerpoint


Ni apa dik...speaker kak


Bergambar kenangan bersama Sahabat ICT


21 September 2007 menjadi detik bersejarah buat murid-murid Tadika KEMAS Paya Lebar kerana buat pertama kalinya mereka dapat mengenal komputer dengan lebih dekat lagi. Bagi memastikan kempen berjalan dengan berkesan Pasukan Sahabat ICT telah merancang pelbagai aktiviti. Antaranya :-

  1. Taklimat perkakasan komputer = fokus kepada perkakasan luaran dan dalaman.

  2. Sesi LDK Komputerku Sayang = murid-murid dibahagikan kepada 7 kumpulan kecil. Setiap kumpulan dibimbing bagi mengenalpasti dan memahami kompenan komputer secara lebih dekat lagi.

  3. Mini Pameran = murid-murid diberi peluang melihat dan merasai kompenen dalam komputer.

  4. Pengenalan perisian pendidikan = muird-murid berpeluang merasai pembelajaran interaktif dengan berbantukan komputer.

  5. Mewarna Komputer = murid-murid dibekalkan dengan gambar set lengkap komputer untuk diwarnakan.

Ternyata tempoh 3 jam kempen berlangsung begitu bermakna buat murid-murid dan yang pasti mereka tak sabar-sabar nak berkunjung ke MAKMAL KOMPUTER SK Ramuan China Besar bagi mengikuti program selanjutnya. Tunggu....