Monday, October 1, 2007

Kempen ICT Bersama Murid Tadika KEMAS Paya Lebar

Ceria menyaksikan persembahan powerpoint


Ni apa dik...speaker kak


Bergambar kenangan bersama Sahabat ICT


21 September 2007 menjadi detik bersejarah buat murid-murid Tadika KEMAS Paya Lebar kerana buat pertama kalinya mereka dapat mengenal komputer dengan lebih dekat lagi. Bagi memastikan kempen berjalan dengan berkesan Pasukan Sahabat ICT telah merancang pelbagai aktiviti. Antaranya :-

  1. Taklimat perkakasan komputer = fokus kepada perkakasan luaran dan dalaman.

  2. Sesi LDK Komputerku Sayang = murid-murid dibahagikan kepada 7 kumpulan kecil. Setiap kumpulan dibimbing bagi mengenalpasti dan memahami kompenan komputer secara lebih dekat lagi.

  3. Mini Pameran = murid-murid diberi peluang melihat dan merasai kompenen dalam komputer.

  4. Pengenalan perisian pendidikan = muird-murid berpeluang merasai pembelajaran interaktif dengan berbantukan komputer.

  5. Mewarna Komputer = murid-murid dibekalkan dengan gambar set lengkap komputer untuk diwarnakan.

Ternyata tempoh 3 jam kempen berlangsung begitu bermakna buat murid-murid dan yang pasti mereka tak sabar-sabar nak berkunjung ke MAKMAL KOMPUTER SK Ramuan China Besar bagi mengikuti program selanjutnya. Tunggu....

No comments: