Tuesday, October 30, 2007
Sunday, October 28, 2007
Gambar-gambar Promosi Brochures di Kem Kembara Padu 2007
Penyerahan Brochures kepada Encik Zukarnain bin Mohd Said
(Kontrakter kelas F)
Penyerahan Brochures kepada Loganathan a/l Murugan
(wakil peserta lelaki Kem Kembara Padu, SKJT Ladang Sg. Baru)
Penyerahan Brochures kepada Teepa a/p Selvan
(wakil peserta perempuan Kem Kembara Padu, SKJT Ladang Sg. Baru)
Promosi Brochures di Kem Kembara Padu 2007
Monday, October 8, 2007
Telatah kanak-kanak Tadika KEMAS Paya Lebar
Saturday, October 6, 2007
Kelas Publisher kedua catat sejarah
Terima kasih Ain & Maxis ,akhirnya berjaya juga atuk promosikan hasil laut iaitu lokan
(En. Zainal bin Md. Ali)
Makcik memang bertuah kerana dapat hadiri kelas Publisher di program Maxis
Inilah mentor kami, Encik Norshamsani bin Abu Bakar...orangnya cukup mesra...
Pertemuan kali kedua ini mencatat sejarah tersendiri apabila Encik Norshamsani bin Abu Bakar selaku mentor Sahabat ICT telah sudi untuk mengunjungi kami dan melihat sendiri aktiviti yang dilaksanakan. Mentor kami tidak putus-putus memberi kata perangsang agar pasukan Sahabat ICT berusaha dengan lebih giat lagi bagi memastikan dapat mara ke peringkat seterusnya.
Kelas Pengenalan Komputer & Paint
Jangan takut dik, mouse tu tak gigit
Seperti yang dijanjikan, tepat jam 8.00 pagi seramai 15 orang murid Tadika KEMAS Paya Lebar dengan langkah penuh ceria menuju ke makmal komputer SK Ramuan China Besar bagi mengikut Kelas Asas Komputer dan Paint.Dalam tempoh 3 jam, pasukan Sahabat ICT telah melaksanakan beberapa aktiviti :-
1. Ulangkaji perkakasan komputer
2. Latihan membuka komputer dengan cara yang betul
3. Pengenalan Windows dan deskstop
4. Kemahiran penggunaan mouse dan keyboard
5. Pengenalan perisian paint
Murid-murid berkenaan begitu bersemangat untuk mengikut program ini.Apatah lagi ia dilaksana secara “belajar sambil bermain”. Pada akhir program, Puan Som binti Karim telah sudi menyampaikan cenderamata kepada para pemenang Pertandingan Mewarna Komputer dan Lukisan “paint” yang menarik.
Wednesday, October 3, 2007
Taklimat Kelebihan dan Pengenalan Publisher Kepada Pesrta Industri Desa
Sepanjang tempoh 3 jam peserta telah melalui berapa slot aktiviti:-
- Taklimat Pengenalan porgam Maxis Cyberlinq 2007 dan peranan Sahabat ICT
- Taklimat perkakasan komputer
- Penerangan kelebihan publisher dan ciri-ciri risalah yang baik
- Perbincangan isi kandungan risalah
- Pengenalan penggunaan perisian publisher khasnya ikon-ikon penting
Tuesday, October 2, 2007
Monday, October 1, 2007
Kempen ICT Bersama Murid Tadika KEMAS Paya Lebar
21 September 2007 menjadi detik bersejarah buat murid-murid Tadika KEMAS Paya Lebar kerana buat pertama kalinya mereka dapat mengenal komputer dengan lebih dekat lagi. Bagi memastikan kempen berjalan dengan berkesan Pasukan Sahabat ICT telah merancang pelbagai aktiviti. Antaranya :-
- Taklimat perkakasan komputer = fokus kepada perkakasan luaran dan dalaman.
- Sesi LDK Komputerku Sayang = murid-murid dibahagikan kepada 7 kumpulan kecil. Setiap kumpulan dibimbing bagi mengenalpasti dan memahami kompenan komputer secara lebih dekat lagi.
- Mini Pameran = murid-murid diberi peluang melihat dan merasai kompenen dalam komputer.
- Pengenalan perisian pendidikan = muird-murid berpeluang merasai pembelajaran interaktif dengan berbantukan komputer.
- Mewarna Komputer = murid-murid dibekalkan dengan gambar set lengkap komputer untuk diwarnakan.
Ternyata tempoh 3 jam kempen berlangsung begitu bermakna buat murid-murid dan yang pasti mereka tak sabar-sabar nak berkunjung ke MAKMAL KOMPUTER SK Ramuan China Besar bagi mengikuti program selanjutnya. Tunggu....