Sunday, September 16, 2007

SAHABAT ICT, mendekatkan anda dengan dunia ICT

Pendahuluan :-

Program Sahabat ICT adalah merupakan program yang dirancang dalam melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam bidang literasi komputer dan seterusnya dapat membantu rakan sebaya dan komuniti setempat ke arah memahami dan meminati dunia teknologi maklumat dan komunikasi.

Matlamat Projek :-

Program ini diharap dapat memberi peluang kepada pelajar yang berpotensi dalam bidang ICT menyebarluaskan kemahiran ICT yang mereka perolehi kepada rakan-rakan sekolah dan komuniti setempat selaras dengan kehendak Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) khasnya dalam merealisasikan teras kedua dan ketiga iaitu membangunkan modal insan dan memperkasakan sekolah kebangsaan.

Bagaimana Projek ini dilaksanakan :-
  1. 7 orang murid yang berpontensi dalam menjadi SAHABAT ICT telah dipilih menerusi ujian saringan yang dibuat. Dalam ujian ini para peserta telah dinilai dari segi penguasaan kemahiran asas ICT khasnya dalam penggunaan perisian Microsoft Publisher dan internet dan mereka telah dinobatkan sebagai Pasukan Sahabat ICT CyberlinQ SK Ramuan China Besar. Meraka adalah Muhammad Abid b. Abd Rahim, Muhammad Syahmi b. Abu Bakar, Nuraini bt. Kamaruddin,Nornataysa bt. Abdullah, Fatin Nadhilah bt. Ab. Samad, Nurul Atikah bt. Othman dan Akmal Ibrahim.
  2. Para peserta adalah dikehendaki menghadiri Kursus pemantapan perkakasan komputer, penggunaan microsoft office, internet dan komuikasi. Kursus ini akan dikendalikan oleh guru ICT Jabatan Pelajaran Negeri Melaka atau pensyarah Kolej Komuniti Alor Gajah
  3. Pasukan Sahabat ICT CyberlinQ SK Ramuan China Besar telah bersetuju untuk menyumbangkan kemahiran yang dimiliki kepada murid-murid Tadika KEMAS Kampung Paya Lebar, Persatuan Wanita dan Persatuan Nelayan Kampung Ramuan China Besar atau peserta Industri Kecil.
  4. Untuk murid-murid Tadika KEMAS, Pasukan Sahabat ICT CyberlinQ akan menyampaikan penerangan mengenai komputer dan kelebihannya di tadika berkenaan. Mini pameran turut diadakan.Murid-murid ini juga akan dijemput ke makmal komputer SK Ramuan China Besar bagi tujuan mengenali penggunaan komputer secara lebih mendalam lagi dan yang pasti pendedahan ini dapat membantu mereka dalam Program ICTL apabila memasuki tahun 1 nanti.
  5. Pasukan Sahabat ICT CyberlinQ akan menjemput ahli-ahli persatuan Wanita dan Persatuan Nelayan atau peserta Industri Kecil ke makmal komputer.Mereka akan didedahkan kepada bagaimana ICT dapat membantu mempromosikan produk mereka. Untuk, itu pasukan ini akan menunjukajar mereka membuat pamplet dan blog. Kami percaya dengan mengetahui cara membuat pamplet atau blog mereka akan dapat mempromosi produk mereka khasnya yang terlibat dalam perusahaan industri kecil. Pasukan ini akan turut akan mengedarkan kepada penduduk setempat pamplet yang dihasilkan menerusi program ini.

Bajet :-


Banner / kain rentang / Promosi................................. RM 300.00
Saguhati penceramah jemputan ...................................RM 100.00
Pengangkutan .................................................................RM 100.00
Perbelanjaan Ceramah di Tadika KEMAS ................. RM 100.00
Perbelanjaan Kelas Komputer Tadika KEMAS.......... RM 200.00
Perbelanjaan Kelas Komputer Persatuan Wanita .....RM 200.00

Jumlah Perbelanjaan RM1000.00

Sumber Kewangan Projek :-

Dana daripada MAXIS BRIDGING COMMUNITIES......... RM1000.00

Harapan Sahabat ICT CyberlinQ SK Ramuan China Besar :-

  1. Mempelbagaikan kemahiran ICT di kalangan komuniti luar bandar.
  2. Memberi pendedahan kepada komuniti luar bandar dengan keilmuan dan pengetahuan semasa bagi mendepani masa depan dengan lebih berani dan yakin.
  3. Membentuk jati diri pelajar agar mempunyai kekuatan dalaman dan ketahanan diri dan bersedia menyalurkan sumbangan kepada komuniti selaras dengan program Modal Insan oleh pihak kerajaan.
  4. Mewujudkan pemuafakatan dan kerjasama pintar di kalangan warga sekolah dengan komuniti setempat ke arah membina insan seimbang.


Penutup :-


Semoga kehadiran Sahabat ICT CyberlinQ SK Ramuan China Besar akan mampu membantu usaha pihak kerajaan dalam merapatkan jurang digital ICT di kalangan komuniti luar bandar.

No comments: