Sunday, September 30, 2007

Kursus Publisher Bersama Kolej Komuniti Alor Gajah


"Sebelum mengajar orang lain pastikan kamu menguasai sesuatu kemahiran itu terlebih dahulu" pesan Puan Pouziah selaku guru bersar kepada Sahabat ICT. Atas nasihat ini maka Sahabat ICT telah mengundang pensyarah Kolej Komuniti Alor Gajah untuk mengendalikan Bengkel Publisher.

Bengkel yang berlangsung pada 19 September 2007 di makmal komputer sekolah. Dalam tempoh 8.00 pagi - 1.00 tengah hari pelbagai input berkenaan publisher telah diterangkan. Encik Izad turut memberi petua bagaimana teknik yang boleh digunakan dalam menghadapi pelajar dewasa.

Terima kasih
Encik Izad dan Kolej Komuniti Alor Gajah.

Saturday, September 29, 2007

Persiapan Untuk Kempen ICT Tadika Kemas Paya Lebar



Bagi memastikan perjalanan Kempen ICT di Tadika Kemas Paya Lebar berjalan dengan berkesan maka Pasukan Sahabat ICT telah mengenalpasti perkara-perkara berikut perlu diambil berat:-


  • Penyediaan bahan nota perkakasan komputer - Atika & Syahmi

  • Penyediaan bahan mini pameran - Tasha, Ain & Nadhi

  • Penyediaan peralatan kempen seperti LCD, Laptop, Skrin dan sebagainya - Akmal & Adib

Tuesday, September 25, 2007

Berkenalan Dengan Peserta Industri Kecil Desa



17 September 2007 - Isnin


Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Pengerusi Jawatankuasa Kampung Ramuan China Besar dan Kampung Paya Lebar pasukan Sahabat ICT telah mengatur langkah untuk menemui 3 dari 7 peserta Industri kecil Desa. Mereka adalah Encik Baharom bin Sharif (Bengkel Kimpalan & Sewa Khemah), Puan Rahmah bt. Hussin (Kuih Bahulu) dan Puan Rosnah (Jahitan & Sulaman)


Kunjungan oleh Sahabat ICT dibuat berdasarkan 3 faktor utama:-


  1. memberi penerangan mengenai kehadiran dan peranan Sahabat ICT Maxis Cyberlinq 2007 dalam usaha membantu mereka.

  2. melihat dengan lebih dekat industri atau produk yang dihasilkan

  3. mendapatkan idea-idea penting yang perlu dimasukkan dalam pembinaan risalah

Hasil pertemuan menyaksikan yang para peserta yang ditemui begitu menanti-nantikan peluang sebegini dan menyambut baik aktiviti yang bakal dijalankan


Kursus Pemantapan Perkakasan Dalam Komputer







15 September 2007 - Sabtu


Sahabat ICT bertuah kerana Encik Abdul Ghani bin Hashim atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Ghani telah sudi hadir untuk membantu kami memantapkan lagi pengetahuan mengenai perkakasan dalaman komputer.


Cikgu Ghani merupakan lulusan IT daripada Universiti Sultan Idris Tanjung Malim dan kini bertugas di SMK Ghafar Baba Masjid Tanah. Beliau juga merupakan jurulatih utama IT Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.


Dalam pertemuaan 3 jam setengah itu pelbagai input telah diberi. Antaranya

  • membuka dan memasang perkakasan komputer


  • mengenalpasti kompenen dalam dari segi kegunaan, harga dan tanda kerosakan


  • peranan OS Windows dan pengenalan "shortcut"




Monday, September 17, 2007

SMART Menjadi Kata Perangsang Sahabat ICT


Pada 4 September 2007 bertempat di makmal komputer Perjumpaan Pertama telah dibuat. Dalam perjumpaan itu, peserta berbincang mengenai norma atau nilai yang perlu diamalkan oleh setiap peserta dan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan.
Semua peserta telah bersetuju untuk menjadikan perkataan SMART sebagai kata semangat dalam menjayakan perancangan yang bakal dilaksanakan.
Muhammad Abid selaku ketua pasukan, menerangkan SMART membawa makna seperti berikut :
-
S = SABAR
M = MENEPATI MASA
A= AKAUNTABILITI
R = RAJIN
T = TOLENRASI

Berikut adalah jadual pelaksanan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan:
-

  1. Perjumpaan 1 = 4 Sep. (3.00 - 4.30 pm di Makmal Komputer SKRCB)
  2. Perjumpaan 2 = 10 Sep. ( 3.00 - 4.30 pm di Makmal Komputer SKRCB)
  3. Kursus Pemantapan Perkakasan Komputer = 15 Sep. (8.30 - 11.00 pagi di Makmal Komputer SKRCB)
  4. Perjumpaan 3 = 17 Sep. (3.00 - 5.00 pm - perjumpaan dengan peserta Industri Kecil di Kampung Ramuan China Besar dan Kampung Paya Lebar)
  5. Kursus Publisher = 19 Sep. ( 8.30 - 1.00 pm di Makmal Komputer SKRCB)
  6. Kempen ICT Bersama Murid Tadika KEMAS Payar Lebar = 21 Sep. (8.30 - 10.00 pagi)
    Makmal Komputer SKRCB
  7. Taklimat Kelebihan dan Pengenalan Publisher Kepada Peserta Industri Desa Kg. Ramuan China Besar dan Kg. Paya Lebar = 22 Sep. (8.30 - 11.00 am di Makmal Komputer SKRCB)
  8. Perjumpaan 4 = 24 Sep. = (3.00 - 5.00 pm di Makmal Komputer SKRCB)
  9. Kelas Asas Komputer dan Paint Tadika KEMAS Paya Lebar = 26 Sep. (8.00 - 11.00 am di Makmal Komputer SKRCB)
  10. Kelas Publisher kepada Peserta Industri Desa Kg. Ramuan China Besar dan Kg. Paya Lebar = 28 Sep, (8.00 - 11.00 am di Makmal Komputer SKRCB)
  11. Kemaskini blog untuk program yang telah dilaksanakan = 1-10 Okt
  12. Perjumpaan 5 = 8 Okt.
  13. Mengumpul pandangan komuniti setempat mengenai program yang telah dilaksanakan= 22-26 Okt.
  14. Perjumpaan 6 = 29 Okt
  15. Kemaskini blog dan postmortem = 30-7 Nov.

Sunday, September 16, 2007

Pasukan Sahabat ICT Gembira Terima Berita Mara ke Fasa 2







Tanggal 3 September 2007 merupakan detik bersejarah buat Pasukan Sahabat ICT SK Ramuan China Besar apabila mengetahui mereka layak mara ke Fasa 2 dalam Maxis Cyber Competition 2007. Berita gembira ini disampaikan sendiri oleh Puan Pouziah binti Ghani selaku guru besar kepada ketua pasukan Muhammad Abid bin Abd. Rahim
Pada kesempatan itu, Puan Pouziah turut menasihati para peserta agar melaksanakan segala perancangan yang telah dibuat dengan sebaik mungkin dan mantapkan kemahiran ICT yang sedia ada dengan membaca dan membuat rujukan buku-buku di perpustakaan.

SAHABAT ICT, mendekatkan anda dengan dunia ICT

Pendahuluan :-

Program Sahabat ICT adalah merupakan program yang dirancang dalam melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam bidang literasi komputer dan seterusnya dapat membantu rakan sebaya dan komuniti setempat ke arah memahami dan meminati dunia teknologi maklumat dan komunikasi.

Matlamat Projek :-

Program ini diharap dapat memberi peluang kepada pelajar yang berpotensi dalam bidang ICT menyebarluaskan kemahiran ICT yang mereka perolehi kepada rakan-rakan sekolah dan komuniti setempat selaras dengan kehendak Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) khasnya dalam merealisasikan teras kedua dan ketiga iaitu membangunkan modal insan dan memperkasakan sekolah kebangsaan.

Bagaimana Projek ini dilaksanakan :-
  1. 7 orang murid yang berpontensi dalam menjadi SAHABAT ICT telah dipilih menerusi ujian saringan yang dibuat. Dalam ujian ini para peserta telah dinilai dari segi penguasaan kemahiran asas ICT khasnya dalam penggunaan perisian Microsoft Publisher dan internet dan mereka telah dinobatkan sebagai Pasukan Sahabat ICT CyberlinQ SK Ramuan China Besar. Meraka adalah Muhammad Abid b. Abd Rahim, Muhammad Syahmi b. Abu Bakar, Nuraini bt. Kamaruddin,Nornataysa bt. Abdullah, Fatin Nadhilah bt. Ab. Samad, Nurul Atikah bt. Othman dan Akmal Ibrahim.
  2. Para peserta adalah dikehendaki menghadiri Kursus pemantapan perkakasan komputer, penggunaan microsoft office, internet dan komuikasi. Kursus ini akan dikendalikan oleh guru ICT Jabatan Pelajaran Negeri Melaka atau pensyarah Kolej Komuniti Alor Gajah
  3. Pasukan Sahabat ICT CyberlinQ SK Ramuan China Besar telah bersetuju untuk menyumbangkan kemahiran yang dimiliki kepada murid-murid Tadika KEMAS Kampung Paya Lebar, Persatuan Wanita dan Persatuan Nelayan Kampung Ramuan China Besar atau peserta Industri Kecil.
  4. Untuk murid-murid Tadika KEMAS, Pasukan Sahabat ICT CyberlinQ akan menyampaikan penerangan mengenai komputer dan kelebihannya di tadika berkenaan. Mini pameran turut diadakan.Murid-murid ini juga akan dijemput ke makmal komputer SK Ramuan China Besar bagi tujuan mengenali penggunaan komputer secara lebih mendalam lagi dan yang pasti pendedahan ini dapat membantu mereka dalam Program ICTL apabila memasuki tahun 1 nanti.
  5. Pasukan Sahabat ICT CyberlinQ akan menjemput ahli-ahli persatuan Wanita dan Persatuan Nelayan atau peserta Industri Kecil ke makmal komputer.Mereka akan didedahkan kepada bagaimana ICT dapat membantu mempromosikan produk mereka. Untuk, itu pasukan ini akan menunjukajar mereka membuat pamplet dan blog. Kami percaya dengan mengetahui cara membuat pamplet atau blog mereka akan dapat mempromosi produk mereka khasnya yang terlibat dalam perusahaan industri kecil. Pasukan ini akan turut akan mengedarkan kepada penduduk setempat pamplet yang dihasilkan menerusi program ini.

Bajet :-


Banner / kain rentang / Promosi................................. RM 300.00
Saguhati penceramah jemputan ...................................RM 100.00
Pengangkutan .................................................................RM 100.00
Perbelanjaan Ceramah di Tadika KEMAS ................. RM 100.00
Perbelanjaan Kelas Komputer Tadika KEMAS.......... RM 200.00
Perbelanjaan Kelas Komputer Persatuan Wanita .....RM 200.00

Jumlah Perbelanjaan RM1000.00

Sumber Kewangan Projek :-

Dana daripada MAXIS BRIDGING COMMUNITIES......... RM1000.00

Harapan Sahabat ICT CyberlinQ SK Ramuan China Besar :-

  1. Mempelbagaikan kemahiran ICT di kalangan komuniti luar bandar.
  2. Memberi pendedahan kepada komuniti luar bandar dengan keilmuan dan pengetahuan semasa bagi mendepani masa depan dengan lebih berani dan yakin.
  3. Membentuk jati diri pelajar agar mempunyai kekuatan dalaman dan ketahanan diri dan bersedia menyalurkan sumbangan kepada komuniti selaras dengan program Modal Insan oleh pihak kerajaan.
  4. Mewujudkan pemuafakatan dan kerjasama pintar di kalangan warga sekolah dengan komuniti setempat ke arah membina insan seimbang.


Penutup :-


Semoga kehadiran Sahabat ICT CyberlinQ SK Ramuan China Besar akan mampu membantu usaha pihak kerajaan dalam merapatkan jurang digital ICT di kalangan komuniti luar bandar.